Anda di sini

Cabaran skuad silat berakhir dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa

Advertisement

KANGAR, PERLIS: Cabaran Sarawak dalam acara silat pada SUKMA XVII berakhir dengan kutipan dua emas, dua perak dan tiga gangsa.

Pada hari terakhir yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri Kangar semalam, dua pesilat Sarawak meraih perak dalam acara silat olahraga kategori lelaki dan wanita.

Dalam aksi Kelas H 80kg- 85kg lelaki, Muhammad Hafiz Remmy Iskandar tumpas di tangan pesilat Perak Mohd Izzat Amat Basar dengan kiraan mata 1-4.

Manakala dalam saingan Kelas F 70-75kg wani- ta, pesilat Sarawak Olivia Chong akur dengan kehebatan peserta dari Sabah Rosenidah Mohamad.

Beliau tewas dengan kiraan mata 5-0.

Sarawak mengutip emas dalam acara Solo Jurus Tunggal Putra dan Jurus Wajib Putri (Regu).

Manakala tiga gangsa disumbangkan dalam acara wiralaga wanita Kelas B 50kg-55kg, Kelas C 55kg-60kg dan Kelas D 60kg-65kg setelah ketiga-tiga pesilat Sarawak tumpas dalam saingan separuh akhir.

“Agak mengecewakan kerana sasaran kita untuk mengutip empat emas dalam acara silat tidak tercapai setelah kita terkandas dalam dua acara akhir silat olehraga,” komen Ketua Jurulatih Hussein Zawawi semalam.

“Namun saya tetap berbangga kerana kita berjaya memperbaiki rekod pada SUKMA kali ini dengan membawa pulang dua emas, dua perak dan tiga gangsa.”

Advertisement