Anda di sini

Skuad tenis tepati ramalan awal

Advertisement

KANGAR, PERLIS: Sarawak menepati ramalan apabila mudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara tenis berpasukan lelaki setelah menewaskan Terengganu 3-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C di gelanggang tenis Kompleks Sukan Negeri Kangar semalam.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut anak didik Stevie Din bagi meletakkan mereka selesa di kedudukan teratas kumpulan.

Kemenangan bergaya Sarawak diraih menerusi pemain perseorangan Mohamad Assri Merzuki, Ariez Elyaas Deen Hesham dan acara beregu yang mempertaruhan Rohaizat Achop Borhan Janang dan Alvin Teng Wee Jie.

Mereka akan menentang Sabah pada peringkat kalah mati hari bagi merebut slot ke separuh akhir Sementara itu, skuad berpasukan wanita Sarawak mencipta kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pada perlawanan kedua semalam, Sarawak menundukkan Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan suku akhir.

Mereka akan menentang Pulau Pinang pada peringkat separuh akhir yang juga akan berlangsung hari ini.

Di gelanggang tinju, petinju Sarawak Mohamad Aisamuddin Mohamad menempuh laluan berliku sebelum berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam acara lelaki bawah 56kg.

Beliau menewaskan petinju Selangor Zulfadhli Jafar dengan kiraan mata 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang tinju Arena Futsal (KSN) Kangar semalam.

Acara hoki pula memperlihatkan skuad wanita membuka kembali peluang untuk ke peringkat separuh akhir setelah berjaya mengikat Pahang 0-0 pada perlawanan yang berlangsung di SMK Kuala Perlis semalam.

Anak buah Siva Subramaniam bagaimanapun memenangi dua perlawanan menentang Johor dan Sabah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, skuad badminton berpasukan lelaki Sarawak mara ke separuh akhir setelah mencatat tiga kemenangan dalam saingan Kumpulan C.

Pada perlawanan akhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Dewan Badminton KSN Kangar, Sarawak menewaskan Perlis 4-1.

Bagaimanapun, skuad wanita terkeluar dari saingan meskipun berjaya menundukkan Pahang 3-2 pada perlawanan semalam.

Mereka tewas 1-4 di tangan Selangor pada perlawanan pertama kelmarin.

 

Advertisement