Anda di sini

Kenderaan jenazah beredar dari IJN

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini petang semalam menuju ke Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu beredar dari perkarangan IJN pada kira-kira 5.08 petang dengan diiringi kenderaan kerabat diraja Perak dan polis.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah turut dilihat berada di IJN.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 petang semalam. — Bernama

Advertisement