Anda di sini

Daniel ceriakan kem tenpin boling

Advertisement

KANGAR, PERLIS: Daniel Tan Yan Han menceriakan kem tenpin boling Sarawak dengan mengutip emas dalam acara perseorangan lelaki di Kayangan Square Mall Kangar semalam.

Daniel melakukan jatuhan pin sebanyak 1,337 dalam enam set perlawanan (226, 192, 160, 256, 257, 246) untuk menewaskan Ahmad Adil Abdul Halim dari Melaka yang mengutip perak dengan jatuhan pin sebanyak 1321.

Gangsa milik atlet Johor Syed Muhammad Syed Hussien yang meraih 1315 jatuhan pin.

Rakan Daniel, Jonathan Ding Sagan sekadar menduduki tempat keempat.

“Ini kejayaan yang cukup istimewa buat saya kerana SUKMA kali ini adalah yang terakhir buat saya,” katanya semalam.

“Saya merasa sangat gembira kerana berjaya mencapai sasaran untuk memenangi emas.

” Daniel memenangi emas dan perak dalam acara berpasukan pada SUKMA 2010 di Melaka dan Pahang pada 2012.

“Ini permulaan baik bagi diri saya dan saya harap kejayaan ini akan menjadi inpirasi kepada pemain lain agar memberikan yang terbaik untuk memburu lebih banyak pingat emas.”

Beliau akan turun dalam enam lagi acara iaitu berdua, bertiga, berpasukan, beregu campuran, all-events dan masters.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Jackson Ting melahirkan rasa gembira dengan kejayaan Daniel menghadiahkan emas pertama dalam acara tenpin boling.

“Saya sangat gembira kerana atlet kita masih mampu memberikan saingan meskipun terpaksa bermain dalam keadaan tertekan akibat jadual padat,” katanya.

“Namun apa yang lebih penting saya berjaya membantu Daniel mencapai impian untuk merangkul emas pada penampilan terakhirnya di SUKMA.”

Advertisement