Anda di sini

Boling padang: Selangkah ke kilauan pingat

Advertisement

KANGAR, PERLIS: Skuad boling padang kini meniti laluan terbaik untuk mencetak sebarang pingat apabila turun berentap dalam peringkat suku akhir pagi ini.

Ketua Jurulatih Nurul Asma Sani berkata, pemainnya akan turun dalam tiga kategori berbeza dalam saingan suku akhir yang dijadual berlangsung di Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Negeri, Kangar pagi ini.

Menurut Nurul Asma, acara perseorangan lelaki menyaksikan Yusuf Aminuddin akan menentang wakil dari Perak.

Manakala kategori bergu empat pemain lelaki menyaksikan gandingan Syed Iqmalludina Wan Azman, Frinky Jilan, Mohd Fairus Abang Deni, Mohd Samsulaiman Yakub akan turun menentang pemain Terengganu.

Kategori beregu empat pemain wanita pula menyaksikan kelibat Nur Haninah Humairah Zafrullah, Nur Fithri Yaani Hamdin, Nur Fitri Rosmadi dan Sharifah Shaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin yang akan diuji kehebatan oleh pemain pasukan Melaka.

“Kita mengharap kesemua pemain dari ketiga-tiga kategori terbabit mampu melepasi halangan peringkat suku akhir pagi ini.

Kemenangan akan mencerahkan peluang untuk memperolehi pingat,” kata Nurul Asma.

Beliau akui yakin para pemainnya cukup bersedia untuk mengharungi detik yang dijangka sengit sepanjang saingan pagi ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Baling Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamed yakin pemain mampu mencipta kejutan.

“Saya baharu sahaja hadir menyaksikan kelibat pemain pagi ini dan berharap mereka lebih bersemangat untuk berjuang sekaligus meraih kemenangan untuk layak ke separuh akhir,” jelas Mahyan dengan optimis.

 

Advertisement