Anda di sini

Sediakan pengangkutan bagi pengundi luar kawasan gambarkan DAP terdesak

Advertisement

TELUK INTAN: Tindakan DAP menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan kadar tambang murah untuk membawa pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menggambarkan parti itu dalam keadaaan terdesak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata selain itu, tindakan DAP meminta sumbangan orang ramai untuk menampung perkhidmatan itu akan hanya menyusahkan rakyat.

“Kita sepatunya mudahkan rakyat. Beri peluang orang turun mengundi secara suka-rela. Jangan paksa sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk membantu membayar tambang pengundi,” katanya selepas melawat keluarga penerima hibah Amanah Raya di sini, semalam.

Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham, yang juga penasihat DAP Perak, meng-umumkan parti itu akan mengadakan perkhidmatan bas dengan tambang RM10 pergi dan balik bagi membawa pulang pengundi dari Lembah Klang dan Singa-pura ke Teluk Intan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kelmarin menyuarakan kebimbangannya berhubung peluang parti itu untuk menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan jika peratusan keluar mengundi rendah. — Bernama

Advertisement