Anda di sini

Ibu Dyana Sofya umum tidak lagi bersama PERKASA

Advertisement

TELUK INTAN: Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, meng-umumkan secara rasmi beliau tidak lagi bersama Per-tubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama anaknya di Bilik Gerakan DAP di sini semalam. Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Yammy berkata beliau meninggalkan pertubuhan itu secara tidak rasmi sejak lebih setahun lepas apabila mendapati parti itu cenderung kepada politik.

“PERKASA tidak sepatut-nya terlibat dalam politik. Sudah lama saya meninggal-kan PERKASA,” katanya, dan turut menafikan pernah menjadi Ketua Wanita pertubuhan itu.

Ditanya bila Dyana Sofya mengetahui tentang keanggotaannya dalam PERKASA, Yammy berkata anaknya dimaklumkan berhubung keanggotaannya dalam pertubuhan itu baru-baru ini selepas isu itu ditimbulkan pihak media. — Bernama

 

 

Advertisement