Anda di sini

Heret pengeluar Cadbury ke mahkamah: LPKPM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta bertindak lebih tegas dengan mengheret pengilang coklat Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd ke mahkamah ekoran daripada penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.

Presiden Lembaga Pe-lindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata tindakan tersebut wajar bagi memastikan perkara seumpama tidak berulang.

“Sekadar nasihat dan amaran tidak cukup, mereka perlu dibawa ke mah-kamah supaya perkara ini dapat dijadikan tauladan kepada pengilang lain,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Saharuddin juga berkata pihak Cadbury perlu membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam serta menarik balik semua variasi coklat keluaran syarikatnya daripada pasaran kerana dikhuatiri dikeluarkan menggunakan mesin yang sama.

Beliau turut menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meng-ambil langkah mengemas kini hab halal di negara ini supaya tiada keraguan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam terhadap sijil dan logo halal Malaysia.

“Malaysia dikenali sebagai hab halal utama dan terkenal di peringkat global, JAKIM merupakan satu-satunya badan yang berkuasa dalam bidang halal, akan tetapi bila berlaku perkara seperti ini pengguna akan hilang kepercayaan terhadap institusi halal negara kita,” katanya.

Beliau turut mencadang-kan JAKIM menjalankan pemantauan dengan lebih kerap terhadap pengilang-pengilang bukan Islam termasuk bagi produk kosmetik.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan menge-sahkan dua sampel coklat keluaran syarikat itu me-ngandungi DNA khinzir iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor ke-lompok 221013N01RI1). — Bernama

Advertisement