Anda di sini

EXPO ICT Sarawak di CityONE 4-6 Julai

Advertisement

KUCHING: Pameran bara-ngan ICT terbesar Sarawak, EXPO ICT Sarawak 2014 kembali lagi di bandar raya ini dari 4 hingga 6 Julai di Pusat Pameran CityONE mulai jam 11 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan oleh Persatu-an Perniagaan Komputer Kuching (KCBA), acara tahunan kali ke-13 diadakan kali pertama di CityONE ini pasti menjadikannya paling besar dalam sejarah penganjurannya di negeri ini, selain mengesahkan statusnya sebagai peristiwa penting dalam industri ICT.

Pada tahun ini, lebih ba-nyak tarikan disediakan ter-utama dari segi produk dan aktiviti dalam memastikan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo ini nanti.

Pada tahun ini juga, Tele-kom Malaysia selaku penaja utama acara ini turut membawa pelbagai tawaran menarik seperti taklimat mengenai HyppTV serta perkhidmatan jalur lebar Unify.

Selain penyertaan pelbagai syarikat telekomunikasi, turut mengambil bahagian ialah jenama telefon pintar dan tablet terkenal seperti Acer, Asus, Samsung, Lenovo serta Sony.

Di samping itu, terdapat beberapa jenama baharu turut ditampilkan dan selain pame-ran dan jualan, pengunjung berpeluang mengikuti acara cabutan bertuah yang diada-kan empat kali setiap dua jam bermula jam 2 petang.

Menurut kenyataan media semalam, untuk layak menyertai cabutan bertuah ini pengunjung perlu membuat pembelian RM300 dan ke atas dalam satu resit.

Pemenang perlu hadir untuk layak menebus hadiah dan hadiah utama bagi cabutan bertuah akan diadakan pada jam 8.30 malam hari Ahad di mana semua kupon cabutan bertuah sepanjang ekspo akan digabungkan.

Ini bermakna, setiap pelanggan mempunyai dua peluang untuk memenangi hadiah.

Selain itu, satu lagi aktiviti yang menarik menanti pengunjung ialah acara ‘lelongan’ yang mana semua barang yang disediakan dilelong dengan harga bidaan bermula RM1.

Bukan itu sahaja, orang ramai boleh mendapatkan ratusan baucar tunai RM5 dengan memotong kupon pada iklan surat khabar dan menebusnya di kaunter penebusan KCBA yang hanya sah dalam tempoh tiga hari sahaja.

Di samping itu, terdapat kempen derma darah dan organ diadakan selain pemeriksaan kesihatan dan pertan-dingan mewarna kanak-kanak untuk pelajar sekolah rendah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia, Stampin.

Penderma darah juga layak untuk cabutan bertuah.

Untuk meningkatkan kese-daran di kalangan pengguna komputer untuk memelihara alam sekitar, turut diada-kan kempen mengumpul E-Waste di kawasan pintu masuk tempat letak kerata CityONE melalui kerjasama syarikat berlesen, Hom Kim Recycling Co Sdn Bhd.

Pengunjung yang membawa masuk monitor LCD/CRT atau CPU bagi pusat pungutan ini juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah.

Sempena ekspo ini, pengunjung boleh menyaksikan persembahan robot oleh kanak-kanak sekolah rendah yang terlibat secara aktif dalam bidang kurikulum utama seperti sains komputer, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Pada 29 Mei ini, KCBA akan mengadakan cabutan undi dan pemilihan gerai kepada peserta yang mengambil bahagian dalam ekspo ini.

Maklumat lanjut mengenai tempahan gerai, sila hubungi KCBA menerusi talian 082-255108 atau e-mel kepada [email protected].

Advertisement