Anda di sini

Cef Ismail ‘pukau’ pengunjung Safari Memancing Tanjung Manis

Advertisement

TANJUNG MANIS: Lebih 1,000 masyarakat sekitar kawasan Tanjung Manis hadir menyaksikan demonstrasi masakan bersama cef selebriti terkenal, Datuk Ismail Ahmad di Terminal Bot Ekspres Bandar Baharu Tanjung Manis Ahad lalu.

Cef Ismail dijemput khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Tanjung Manis bertujuan membuat pertunjukan demonstrasi masakan sempena Safari Memancing Tanjung Manis 2014.

Antara demonstrasi masakan diperkenalkan Cef Ismail ialah ‘Ikan Bakar Berempah Tanjung Manis’ dan ‘Kerabu Mangga Berudang’ berjaya menarik perhatian pengunjung.

Menu pembuka tirai dimasak Cef Ismail ialah ‘Ikan Bakar Berempah Tanjung Manis’ dan beliau menggunakan ikan Siakap laut semasa mengadakan demonstrasi masakan itu.

Keadaan semakin meriah apabila Cef Ismail meneruskan menu masakan ‘Kerabu Mangga Berudang’.

Kedua-dua menu ciptaan beliau itu turut dihidang dan dirasai oleh pengunjung yang menyaksikan demonstrasi tersebut.

Advertisement