Anda di sini

Analisis semua produk Cadbury perlu melalui beberapa proses

Advertisement

TELUK INTAN: Analisis Kementerian Kesihatan terhadap kesemua produk Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) bagi memastikan ia tidak me-ngandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebagai pihak bertanggungjawab, kementerian perlu memastikan keputusan analisis dikeluarkan nanti adalah betul.

“Ketika keputusan siasatan (analisis) awal (dua produk coklat Cadbury didapati mengandungi DNA khinzir bertarikh 27 Feb) itu tersiar di media sosial, siasatan (analisis) lengkap ke atas tiga sampel produk keluaran syarikat itu baharu (sahaja) selesai,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Teluk Intan, di sini semalam.

Dr Subramaniam berkata kementerian tiada halangan bagi mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan terhadap kementerian berhubung isu itu kerana pihak kementerian telah meng-ambil langkah sewajarnya dalam membuat pengesahan produk keluaran syarikat berkenaan.

“Sekiranya (mereka) meng-ambil tindakan, kita akan beri penjelasan,” katanya ketika diminta mengulas gesaan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya umat Islam di negara ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan atas kelewatan mengesahkan perkara tersebut.

Kelmarin, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang menyiasat pihak Cadbury di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi memasti-kan sama ada Cadbury dengan sengaja atau secara tidak sengaja memasukkan DNA khinzir dalam produk coklat mereka.

Terdahulu, Dr Subramaniam melawat wad tambahan di Hospital Teluk Intan yang dinaik taraf bagi merawat penyakit berjangkit bernilai RM4 juta yang baharu siap dan mengadakan perbinca-ngan dengan pihak hospital berhubung perancangan masa depan hospital itu dari segi kelengkapan dan tenaga pakar. — Bernama

 

Advertisement