Anda di sini

Star Cineplex tawar pelbagai hadiah menarik sempena ulang tahun ke-18

Advertisement

KUCHING: Hock Star Entertainment Industri Berhad yang merupakan pemilik syarikat pawagam Sarawak, Star Cineplex kini menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena ulang tahun ke-18 syarikat itu.

Pengarah Projek Bjarne Wong berkata, antara hadiah yang ditawarkan adalah iPhone 5S, iPad Air 16Gb, iPad Mini Retina 16Gb (bagi tiga pemenang tempat pertama), iPod Shuffle 2Gb (10 pemenang tempat kedua) dan pas wayang bagi 500 pemenang tempat ketiga.

“Star Cineplex merupakan syarikat keluaran tempatan yang telah bertapak di negeri ini selama 18 tahun atas sokongan rakyat Sarawak.

“Justeru, kami menawarkan pelbagai hadiah hebat kepada rakyat Sarawak yang telah banyak menyokong dan menyumbang dalam industri ini sempena Ulang Tahun Star Cineplex Ke-18,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Medan Pelita di sini semalam.

Tambahnya, hadiah lain yang turut menanti pelanggan setia Star Cineplex ialah pelekat kereta untuk 500 pemenang tempat keempat dan barang dagangan filem seperti payung, baju-T dan alat pendengar untuk 300 pemenang di tempat kelima.

Bjarne menjelaskan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan itu, pelanggan hanya perlu membuat pembelian dua tiket wayang untuk mendapatkan satu borang penyertaan.

“Tiket yang dibeli itu haruslah dikepilkan bersama borang penyertaan dan ia dibuka mulai 29 Mei dan tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2014.

“Kesemua nama pemenang akan diumumkan menerusi emel dan surat akhbar,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu sempena ulang tahun ke-18 Star Cineplex, pihaknya akan menayangkan filem blokbuster seperti ‘Transformers,’ ‘Maleficent,’ ‘Edge of Tomorrow,’ ‘The Great Lion: Kung Seng Keng,’ ‘Kiasu,’ ‘Abba’ (e- Movie), ‘How To Train Your Dragon 2,’ ‘Blended’ dan ‘King’s Faith’ (e-Movie).

Selain itu, Bjarne berkata, Star Cineplex kini ada menyediakan kad tebusan kombo makanan di situ yang mana pelanggan perlu mengumpul sebanyak 10 cop dalam satu kad tebusan dengan membuat pembelian kombo makanan (tidak termasuk kombo kanak-kanak).

Menyentuh mengenai Star Cineplex, beliau memberitahu pihaknya kini menjalankan kerja menaik taraf pawagan yang sedia ada.

“Kita akan memulakan kerja naik taraf pawagam di Bintulu dan diikuti tempat lain seperti Kuching, Miri, Sibu dan Sandakan supaya kita dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada pelanggan kami,” ujarnya.

Hadir sama Eksekutif Pemasaran Crystal Wong dan Pereka Grafik Ronny.

Advertisement