Anda di sini

Sinaran Ratu Siska muncul Raja Sungai Pesta Sebuyau

Advertisement

SEBUYAU: Pasukan Sinaran Ratu Siska merangkul gelaran ‘Raja Sungai’ sempena Pesta Sebuyau 2014 yang berlangsung di Sungai Batang Sadong Ahad lepas.

Dengan kemenangan itu, Sinaran Ratu Siska membawa pulang piala dan wang tunai.

Tempat kedua dimenangi Saga Sebuyau 2 dan tempat ketiga diraih Putera Raden Mas 2 yang mana kedua-duanya memenangi piala dan wang tunai.

Sebanyak tujuh buah perahu mengambil bahagian dalam kategori 30 pekayuh lelaki akhir itu.

Majlis penutupan disempurnakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Tebingan Batang Sadong.

Sempena Pesta Sebuyau, sebanyak 21 acara perlumbaan perahu dilangsungkan termasuk 14 saringan dan tujuh akhir termasuk merebut gelaran ‘Raja Sungai’.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang tiga hari pesta bermula pada 23 Mei seperti pameran serta jualan, persembahan Pentarama dan bermukun.

Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pembangunan Komuniti, Datuk Peter Nansian dan Residen Bahagian Samarahan, Abdul Rahman Sebli Sanusi.

Advertisement