Anda di sini

Wanita pamer bakat pada Sukan Rakyat 1Malaysia

Advertisement

Oleh Mastura Ismail //

SATU KELUARGA: Tetamu kenamaan bergambar bersama pihak penganjur yang menjayakan program.

PROGRAM Sukan Rakyat 1Malaysia yang berlangsung pada 3 hingga 4 Mei lepas memberi peluang kepada golongan wanita untuk mempamer bakat dalam sukan bola sepak melalui Kejohanan Bolasepak Wanita Jemputan di Kampung Patarikan Merapok dekat Lawas.

Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lawas dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Patarikan Merapok.

Sebanyak lapan pasukan jemputan telah menyertai kejohanan itu.

Selain bola sepak wanita, pelbagai aktiviti lain diadakan melibatkan sukan sepak takraw dan dart.

Program yang dianjurkan untuk merapatkan perpaduan dan kerjasama ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai JASA Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit SariAbdul Kadir Bayan, Penolong Pegawai Perpaduan Lawas Hashim Daimon, Kaunselor Awang Emran Awang Damit, Penghulu Johara Hakim dan jemputan lain.

TAHNIAH: Hussaini (tiga kiri) menyerahkan hadiah kepada pemenang, disaksikan Abdul Kadir (dua kiri) dan tetamu lainnya.

Advertisement