Anda di sini

Mohd Azizul badang Sarawak

Advertisement

Oleh Mohd Norhadie Sahari //

Menangi anugerah juara antara juara sekali gus dinobatkan Mr Sarawak 2014

MR SARAWAK: Awang Mohd Azizul menerima habuannya selepas memenangi gelaran Mr Sarawak 2014 di Miri semalam.

MIRI: Awang Mohd Azizul dari Kuching memenangi anugerah juara antara juara, sekali gus melayakkan dirinya dinobatkan selaku Mr Sarawak 2014 pada kejohanan bina badan peringkat negeri di Miri malam kelmarin.

Pilihan popular peminat bina badan tempatan, Eddie Chan diramal memenangi kategori Mr Sarawak 2014 selepas memenangi kategori light heavy weight pula terpaksa akur dengan kemenangan pencabarnya, Awang Mohd Azizul.

Pemenang-pemenang lain ialah Jeremiah Rukong mengungguli kategori middleweight, Wilfred Harding Jiee (bantam weight), Densi Runya (light weight), Mohd Sani Sanawin (welterweight), Jacob Jinggut Vincent (Junior), Chee Chean Syze (master) dan Joseph Ladi (fly weight).

Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), Datuk Wee Hong Seng berkata semua pemenang dalam kategori masing-masing akan mewakili negeri bersaing merebut kejuaraan Mr Malaysia.

Pada kejohanan itu, Kuching muncul juara keseluruhan selepas badangbadangnya memenangi tujuh daripada lapan kategori dipertandingkan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin yang berharap atlet- atlet bina badan Sarawak tidak menjadi ‘jaguh kampung’ sahaja sebaliknya mereka harus menyasarkan pencapaian lebih tinggi.

Beliau mencabar agar atlet- atlet bina badan Sarawak menyumbang sekurangkurangnya pingat emas dalam acara bina badan pada Sukan Olimpik atau Mr Asia akan datang.

“Malaysia belum pernah menyumbang pingat emas pada Sukan Olimpik dan jika atlet bina badan Sarawak mampu melakukannya, ia adalah satu pencapaian membanggakan,” katanya.

Lee berkata, bukan sahaja peluang untuk atlet bina badan mencatatkan rekod baharu tetapi peluang kepada atlet sukan-sukan lain memecahkan rekod negara.

“Kita berharap atletatlet bina badan Sarawak tidak hanya menjadi jaguh kampung pada kejohanan Mr Sarawak, tetapi menyasarkan kejayaan lebih berprestij,” katanya.

Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan berkata sukan bina badan memerlukan kesabaran dan komitmen tinggi untuk mencapai bentuk badan yang diinginkan.

Katanya, mereka yang berminat membina badan harus komited dan mematuhi syarat permakanan tanpa melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang dilarang.

Pada masa sama, beliau memuji Persekutuan Bina Badan Malaysia berjaya menganjurkan kejohanan itu di tempat yang terbuka.

“Kita lihat ramai yang datang melihat kejohanan ini pada hari ini dan sekali gus mempromosi sukan bina badan di kalangan masyarakat tempatan,” katanya.

Advertisement