Anda di sini

Lelaki kerugian RM46,300 rumahnya dipecah masuk

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki mengalami kerugian RM46,300 selepas rumahnya di Pulau Li Hua, di sini dipecah masuk pencuri.

Ketika kejadian berlaku, mangsa berusia 30 tahun dikatakan meninggalkan rumahnya sekitar jam 6.30 petang Khamis lalu.

Mangsa kemudian pulang ke rumah pada keesokan harinya sekitar jam 12.16 pagi dan menyedari rumahnya dipecah masuk pencuri.

Selain barang kemas, lima botol minuman keras mahal, empat telefon bimbit, cincin berlian, wang tunai RM2,000, kunci kereta, kad hak miliki (green card) motosikal dan geran rumah dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 36 tahun mengalami kecederaan selepas melanggar seekor anjing, malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam di Jalan Sesco, di sini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dari arah Seduan Jaya sebelum melanggar anjing terbabit.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan patah di bahagian paha kanan dan muka.

Sementara itu, seorang juruwang wanita berusia 21 tahun menjadi mangsa ragut dua lelaki di Jalan Bukit Lima, Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Wong memberitahu polis, dua lelaki menunggang motosikal datang dari arah belakang lalu meragut beg tangannya yang diletakkan di bakul motosikal.

Kedua-dua peragut itu kemudian melarikan diri.

Mangsa mendakwa kehilangan beg tangan mengandungi kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, telefon bimbit dan powerbank.

Advertisement