Anda di sini

Buruan emas belum menjelma

Advertisement

Oleh Harry Ilias //

TENDANG: Muhammad Hafiz melepaskan tendangan padu ke arah pesilat Kelantan Ahmad Faiz Ikmal pada perlawanan peringkat suku akhir semalam.

Peluang Sarawak merangkul emas pertama hari ini tertumpu acara berbasikal bukit

PERLIS: Misi Sarawak memburu emas pertama masih belum kesampaian setelah berakhir hari kedua SUKMA XVII yang sedang berlangsung di Perlis semalam.

Peluang terbaik dimiliki dalam acara karate do, namun atlet kata berpasukan wanita sekadar menghadiahkan pingat perak setelah tewas di tangan atlet Pulau Pinang pada perlawanan akhir semalam.

Ini menjadikan jumlah pungutan pingat Sarawak ketika ini satu perak dan satu gangsa untuk meletakkan kontinjen negeri berada di kedudukan ke-11 daripada 15 kontinjen yang mengambil bahagian.

Gangsa turut di sumbangkan dalam acara karate do menerusi Kaartic Chiramjeevi y ang menewaskan peserta Pulau Pinang dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.

Peluang Sarawak untuk merangkul emas pertama hari ini tertumpu pada acara berbasikal bukit dengan enam atlet negeri akan bersaing dalam kategori lelaki dan wanita.

Pemenang pingat emas SUKMA XV Pahang , Rosnina Minggu akan turun bersama-sama Caroline George dan Noor Fadilah Saedin.

Manakala pelumba lelaki yang akan menghayunkan cabaran ialah Gary Tay, Awang Adib Awang Safian dan Mahathir Norseman.

Semalam, skuad berbasikal gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam acara BMX setelah dua pelumba lelaki dan wanita Sarawak terkandas pada pusingan awal.

Skuad bola sepak juga akan turun pada perlawanan kedua menentang juara bertahan, Sabah di Padang Rani, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis hari ini.

Ini pastinya menjanjikan perlawanan sengit kerana kedua-dua pasukan mahu memburu tiga mata penuh bagi menempah laluan ke peringkat seterusnya.

Turut berpeluang menghadiahkan emas acara silat di mana lima peserta Sarawak menempah slot ke perlawanan akhir.

Olivia Chong, Munirah Daud, Zaranah Zulkifli, Mariana Rajalan dan peserta lelaki Muhammad Hafiz akan bertarung pada separuh akhir esok setelah masingmasing melepasi peringkat suku akhir semalam.

Turut mara ke peringkat separuh akhir pemain perseorangan skuasy Sarawak, Sanjay Singh Chal setelah beliau menewaskan pemain Kedah S. Puvendren 3-0 (12-10, 11-2, 11-6).

Beliau akan berdepan Muhd Hannan dari Negeri Sembilan bagi memburu slot ke perlawanan akhir.

Advertisement