Anda di sini

Biar Gawai Dayak jadi forum satukan masyarakat: Mawan

Advertisement

Oleh Watt Zacchaeus //

Sambutan itu perlu dihormati, ketepi perbezaan politik

SIBU: Biarkan sambutan Gawai Dayak menjadi forum menyatupadukan semua masyarakat sebagaimana perjumpaan sosial dan majlis yang lain.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata sambutan itu perlu dihormati dan segala unsur pecah belah seperti perbezaan politik perlu diketepikan.

“Jika penglibatan dengan masyarakat awam membezakan kita, ia boleh menjadikan kita bermusuhan antara satu sama lain.

“Oleh itu, marilah kita mempertingkatkan lagi hubungan kita semasa Hari Gawai Dayak ini.

“Seperti yang kita mahu, kita tidak membenarkan sebarang gangguan daripada satu gabungan sosial atau politik untuk mengganggu mood Gawai Dayak kita,” katanya ketika merasmikan Majlis Pra-Gawai Dayak yang diadakan di kediaman Andam Abong di Jalan Jerrwit Barat 4 di sini, semalam.

Mawan yang juga Menteri Kanan berkata Gawai Dayak yang disambut dengan kaum-kaum lain adalah pantulan daripada semangat perpaduan rakyat Sarawak.

“Kita benar-benar menghargai setiap perayaan lain. Kita sentiasa menyemai sikap kunjung-mengunjungi bagi memperkukuhkan lagi perpaduan.

“Ini adalah nilai sosial yang kita ada dalam Sarawak yang mengikat kita bersama-sama.

“Kita akan tetap menjunjung dan menyimpan semangat itu yang dapat meningkatkan perpaduan kita di Malaysia,” tegasnya.

Hadir sama tokoh korporat Datuk Paduka Michael Lias, Kaunselor Lily Tiong, bekas Kaunselor Tiong Yong Hin, Kaunselor Leong King Hee dan pengerusi pengelola Ngelai Manjan.

Advertisement