Anda di sini

88 pegawai, anggota KAGAT sertai Program Pembangunan Daie Askari

Advertisement

SIBU: Seramai 88 pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menyertai Program Pembangunan Daie Askari dan Muzakarah KAGAT Peringkat Pemerintahan Wilayah Tengah, bermula 20 hingga 22 Mei lalu.

Program tersebut dirasmikan Panglima Pemerintahan Timur Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Kem Belia Kemuyang Sibu.

Mohd Zaki mengingatkan peserta agar memantapkan pembinaan sikap positif, kefahaman dan penghayatan konsep Daie Askari.

Tambah beliau, penganjuran program turut dapat merapatkan ukhuwah dan setia kawan di kalangan warga KAGAT.

“Warga KAGAT harus memberi komitmen tinggi terhadap pelaksanaan tugas dakwah dan bimbingan kerohanian dalam pasukan,” katanya.

Pada majlis sama, Mohd Zaki turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seramai 18 anggota lain-lain pangkat Kor Agama Diraja.

Advertisement