Anda di sini

Program ‘Fire Point’ dapat sambutan di Kampung Subang

Advertisement

Oleh Jeremy Lanson //

PROGRAM ‘Fire Point’ anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Siburan di Kampung Subang, Padawan pada 29 April lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh penduduk.

Dianggarkan lebih daripada 200 penduduk tempatan menyertai program tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna kampung berkenaan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar raya Kuching.

Difahamkan juga, sebanyak 10 unit alat pemadam api telah diagihkan untuk penduduk kampung disertakan dengan acara penerangan dan tunjuk ajar mengenai cara-cara pengunaanannya.

Fire Point merupakan sebuah program oleh JBPM yang memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai langkah-langkah awal yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan kebakaran.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Cawangan Keselamatanm Kebakaran Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nik Mohd Afiq.

Advertisement