Anda di sini

Sarawak tumpas

Advertisement

Gagal saingi Perak dengan kekalahan 4-1 di tempat lawan

KUCHING: Skuad Ngap Sayot gagal menyaingi Perak apabila tumpas dengan 4-1 pada aksi Liga Super 2014 di Stadium Ipoh, malam tadi.

Lebih dua puluh minit babak pertama menyak­sikan kedua-dua pasukan beraksi dengan berhati-hati dan masing-masing melakukan serangan untuk memburu gol awal.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah nampak ber­kelebihan apabila berjaya mendahului Sarawak pada minit ke-25 menerusi jar­ingan penyerang import, Marco Tulio.

Dengan gol pertama itu, Perak yang beraksi di hada­pan ribuan penyokong se­tianya terus menggandakan usaha dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Sarawak.

Namun, pasukan pela­wat yang bertandang ke Perak tanpa beberapa tong­gak utamanya mengalami kecederaan dan penggan­tungan perlawanan beru­paya memberi tentangan.

Tamat babak pertama menyaksikan Perak di hada­pan dengan mendahu­lui Sarawak 1-0.

Ber­mula  babak kedua , Sarawak cuba bangkit memburu gol penyamaan menerusi rangkaian peny­erangnya dikemudikan penyerang import, Muamer Salibasic dan Ryan Alan Griffiths.

Begitupun, hasrat pasu­kan pelawat tidak ke­sampaian sebaliknya skuad Seladang menambah jar­ingan dengan gol kedua dijaringkan oleh seorang lagi pemain importnya, Milan Purovic pada minit ke-51.

Perak terus mengganas just­eru menghasil­kan gol ketiga menerusi ledakan Muhammad Nur­hakim Isa pada minit ke-59.

Ketinggalan 3-0, semangat kental skuad Ngap Sayot tidak per­nah padam dan cuba mengim­bangi kedudu­kan dengan ledakan berbisa Griffiths pada minit ke-63.

Namun, Perak leb­ih ‘berkuasa’ dengan menguasai perlawa­nan dan menjaringkan gol keempat menerusi Marco sekali lagi pada minit ke- 66.

Bagaimanapun, usaha anak-anak buah Robert Al­berts ternyata tidak berhasil justeru tewas dengan jarin­gan besar 4-1 di pangkuan Perak.

Advertisement