Anda di sini

Pelancaran semula Perpustakaan Awam MPS satu transformasi

Advertisement

Oleh Florence Nervyn //

TUNGGU GILIRAN: Pengunjung Perpustakaan Awam MPS beratur menunggu giliran untuk meminjam bahan bacaan. 

KENANGAN: Pengunjung Perpustakaan Awam MPS turut tidak ketinggalan merakamkan kenangan bersama maskot Minion dan Doraemon.

PERPUSTAKAAN BERGERAK: Andrew memotong reben sebagai simbolik perasmian Perpustakaan Bergerak untuk sekolahsekolah rendah yang berada di luar bandar Sibu

 

 

PELANCARAN semula Perpusatakaan Awa m Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada 27 April lepas merupakan satu transformasi dalam memenuhi kehendak dan tuntutan generasi kini yang berkunjung serta menggunakan perkhidmatan di perpustakaan terbabit.

Timbalan Pengerusi MPS Dato Andrew Wong Kee Yew berkata, pelancaran semula itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif MPS dalam mengutamakan rakyat, khususnya penduduk bandar Sibu.

“Pelancaran semula ini bagi membawa transformasi kepada perpustakaan ini dalam memenuhi tuntutan dan keperluan generasi kanakkanak, remaja dan orang dewasa hari ini,” jelasnya.

Menurut Andrew, pelancaran semula itu juga bagi memastikan perpustakaan di Jalan Keranji yang dibina pada tahun 1986 itu terus relevan kepada bandar Sibu.

“Ini kerana pada hari ini terdapat permintaan dan kehendak yang amat tinggi daripada orang ramai mengenai kemudahan dan perkhidmatan awam termasuk perpustakaan awam,” ujarnya.

Serentak dengan pelancaran semula itu, loga baharu Perpustakaan Awam MPS yang menggunakan simbol burung merpati serta berslogankan ‘Freedom To Learn’ turut diperkenalkan.

Andrew menjelaskan pengenalan logo baharu itu amat tepat dengan visi perpustakaan dalam memastikan ia memberikan kemudahan dan sumber untuk pembelajaran kepada semua generasi.

“Logo dan slogan juga menunjukkan kesungguhan kita dalam menyediakan akses kepada orang ramai dari pelbagai peringkat usia agar mereka dapat mengalami suasana pembelajaran yang menyeronokkan, ” jelasnya.

Selain itu, Perpustakaan Awam MPS juga memperkenalkan logo sampingan bagi bahagian kanak-kanak dalam usaha menarik generasi muda untuk berkunjung ke perpustakaan dan membaca.

Turut diadakan aktiviti sampingan seperti pendaftaran ahl i baharu, pameran buku baharu, sesi bergambar dengan maskot Doreamon dan Minion dan sebagainya.

Sehingga kini seramai 56,299 orang telah menjadi ahli perpustakaan ini yang mempunyai kira-kira 280,000 judul buku dalam pelbagai bahasa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari l a m a n sesawang www.smcpubliclibrary.org atau Facebook: SMC Public Library.

 

Advertisement