Anda di sini

Liga Samarahan: 3 pasukan terbaik bakal berentap

Advertisement

KUCHING: Tiga pasukan terbaik bakal berentap pada hujung minggu ini bagi menentukan siapa yang lebih layak menguasai tangga teratas carta Liga Samarahan 2014.

Perlawanan tumpuan pastinya pertemuan antara Yayasan Sarawak – Sanjung Etika menentang Team Kickalob K2015 pada Ahad ini di Kompleks Sukan Kota Samarahan.

Yayasan Sarawak – Sanjung Etika yang dikendalikan oleh Awang Jobli Awang Bidin ketika ini mendahului liga dengan lapan mata setelah melalui empat perlawanan.

Manakala Team Kickalob K2015 berada kedudukan ketiga dengan tujuh mata namun berkelebihan satu perlawanan.

Begitupun skuad didikan Daud Aba itu pasti berdepan laluan getir menentang pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik setelah menundukkan Kapaku FC 7-0 dalam saingan Piala FA minggu lalu.

Turut mengintai peluang jaguh dari Asajaya, Sambir Bistari FC yang berada di tangga kedua dengan tujuh mata namun turut berkelebihan satu perlawanan.

Sambir Bistari FC bakal menentang pendatang baharu Logistic FC pada Sabtu ini di Kompleks Sukan Asajaya.

Satu lagi perlawanan pada Sabtu ini melibatkan pertemuan Kapaku FC menentang Gedong FC di Kompleks S u k a n Kota Samara- han.

 

Advertisement