Anda di sini

LANDAS anjur Larian Kesihatan MAKSAK 24 Mei

Advertisement

KUCHING: Kelab Sosial dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LANDAS) menganjurkan Larian Kesihatan MAKSAK pada Sabtu, 24 Mei ini di Stadium Negeri.

Ia didakan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan penjawat awam bergiat aktif dalam aktiviti berbentuk rekreasi dan kecergasan.

Larian itu terbuka kepada ahli gabungan MAKSAK sahaja dan terbahagi kepada lima kategori merangkumi VIP (Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Gred 52 ke atas), veteran lelaki (45 tahun ke atas), veteran wanita (45 tahun ke atas), terbuka lelaki dan terbuka wanita.

Jarak laluan bagi setiap kategori termasuk VIP sejauh tiga kilometer, veteran lelaki dan wanita (4km) dan terbuka lelaki dan wanita (6.5km).

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti persembahan ‘live band,’ pemeriksaan kesihatan, senamrobik dan tarian zumba.

Program-program akan bermula pada jam 6.30 pagi dan dijangka tamat jam 12 tengah hari.

Ia dijangka dirasmikan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga meragkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak.

Seba r ang pe r t anya a n boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menerusi talian 082-444111.

 

Advertisement