Anda di sini

Elba perkenal dapur gas baharu

Advertisement

PETALING JAYA : Ruang dapur yang tersusun pastinya melambangkan keperibadian pemiliknya. Ruang dapur bukan sekadar tempat memasak tetapi lokasi ahli keluarga berkumpul. Oleh yang demikian, memilih peralatan dan perkakas dapur adalah sangat penting.

Sehubungan itu, Elba baru-baru ini telah melancarkan siri baharu produk dapur gas buat para pelanggan setianya.

Tambahan terbaharu produk dapur gas Elba ini boleh dibezakan melalui  tiga tempat pembakar atau empat tempat pembakar menerusi dua kategori iaitu ketuhar gas atau ketuhar elektrik. Dapur gas terbaharu ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan keluli tahan karat.

Ia turut dilengkapi dengan tempat pembakar tulen Sabaf dari Itali yang terkenal dengan keselamatannya, sekali gus membolehkan pengguna memanggang atau membakar secara profesional.

Pengguna juga mampu untuk memasak pelbagai jenis makanan dalam masa singkat kerana ia menggunakan kapasiti terbesar iaitu 70L dan pengguna juga boleh membuat pilihan sama ada dapur memanggang atau dapur membakar elektrik konvensional.

Dapur gas terbaharu ini juga disertakan pelindung cermin eksklusif yang memudahkan pengguna untuk membersihkan minyak yang terpercik ketika memasak selain menjadi pelindung untuk kepala pembakar.

Kedua-dua jenis ketuhar ini dikawal oleh pencucuhan elektrik automatik berbanding kawalan haba manual. Bagi ketuhar gas, ia lengkap dengan injap keselamatan yang dapat menutup bekalan gas sekiranya api dipadamkan dan untuk ketuhar elektrik pula menyediakan besi pemanggang di tengahnya dan perakam masa yang membolehkan pengguna merakam masa yang diperlukan untuk memasak makanan terbabit.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web www.elba.com.my atau hubungi 1-800-282-093.

Advertisement