Anda di sini

Sebanyak 83.1 peratus keluar mengundi awal

Advertisement

GEORGE TOWN: Peratusan keluar mengundi pada pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di empat saluran mengundi di sini semalam adalah 83.1 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang Azizal Ahmad berkata selepas tempoh peng-undian awal tamat tepat jam 2 petang, hanya 123 pengundi daripada keseluruhan 148 anggota polis dan tentera yang keluar menunaikan tanggungjawab itu.

Proses pengundian awal itu melibatkan empat pusat pengundian iaitu Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, Bilik Maklumat Balai Polis Air Itam, Bilik Maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor.

Azizal berkata empat peti undi itu akan disimpan di lokap Balai Polis Pulau Tikus, di sini sehingga hari penjumlahan rasmi undi Ahad ini (25 Mei).

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diada-kan berikutan kematian pe-nyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pilihan raya kecil itu me-nyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh Deo, naib presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan serta dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan. — Bernama

Advertisement