Anda di sini

Putera Kuala Lawas melangkah ke final

Advertisement

LAWAS: Pasukan bukan pilihan, Putera Kuala Lawas melangkah penuh bergaya ke final Liga Lawas bagi merebut Piala Datuk Henry Sum Agung selepas menumpaskan rakan sendiri Kuala Lawas FC dengan jaringan 4-1 di sini, petang kelmarin.

Penaung Putera Kuala Lawas, Awang Damit Ali Hasan berkata kemenangan itu satu platform Putera Kuala Lawas untuk memburu gelaran juara meskipun terpaksa bertarung dengan pasukan seangkatan sebelum mara ke medan akhir.

Katanya, Putera akan bertemu sama ada Pasukan Budak Pasir atau Central FC yang beraksi semalam untuk berebut satu lagi slot ke final.

“Turun sebagai pasukan bukan pilihan tidak pernah mematahkan semangat anak-anak buah untuk mempamerkan aksi sebenar di padang.

Mereka berjaya mengikut rentak permainan dan misi kita untuk ke final berjaya,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.

Awang Damit berkata, pihaknya sudah ada strategi tersendiri untuk ke final pada Sabtu, 24 Mei ini bagi memastikan mahkota kejuaraaan dapat dirangkul Putera Kuala Lawas.

“Apa yang penting Putera Kuala Lawas perlu mempunyai semangat tinggi dan mengekalkan mutu permainan menentang pasukan lawan,” katanya lagi.

Advertisement