Anda di sini

Program SBEU ceriakan pelatih PDK Limbang

Oleh Mastura Ismail //

TANDA PRIHATIN: Mohd Khairul (lima kanan) menyerahkan sumbangan untuk PDK Limbang kepada William.

TIADA yang lebih menggembirakan apabila kehadiran mereka di sisi masyarakat sangat diperlukan. Bagi mereka kasih sayang dan keprihatinan masyarakat lebih penting jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Itulah perasaan yang dialami pelatih Pusat Dalam Komuniti (PDK) Limbang apabila dikunjungi Sarawak Bank Employee’s Union (SBEU).

Program Kebajikan dan Sosial anjuran SBEU itu merupakan salah satu daripada program tahunan badan itu selain memberi kegembiraan kepada pelatih PDK agar tidak berasa terpinggir dan sentiasa bersama-sama masyarakat dalam pelbagai aktiviti.

RAI BERSAMA: Pelatih PDK Limbang bersama jawatankuasa SBEU memotong kek.

Sebelum ini, aktiviti sedemikian sudah dijalankan dengan jayanya di Bintulu dan Miri.

Pada program itu, SBEU turut menyumbangkan RM500 kepada PDK Limbang.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk acara memotong kek, persembahan magik dan sukaneka.

Hadir sama ialah Pengerusi SBEU Cawangan Utara Mohd Khairul Ariffin Bolhadi, Jawatankuasa SBEU Cawangan Utara Joshua Besar, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian William Badak dan Penyelia PDK Limbang Norlila Mahmud.

BERI SOKONGAN: Ibu bapa turut serta memeriahkan sukaneka anjuran SBEU di PDK Limbang.