Anda di sini

Pengundi pilih wakil rakyat bukan berdasarkan umur tetapi pengalaman

Advertisement

TELUK INTAN: Pengundi muda kini lebih matang dan bijak memilih pemimpin bukan berdasarkan faktor umur tetapi berpengalaman untuk menyelami hasrat dan aspirasi golongan itu di se-suatu kawasan.

Kebanyakan mereka berpendapat kematangan dan kemampuan seseorang pe-mimpin diukur berdasarkan kebolehan untuk berinteraksi serta mendengar kehendak golongan belia, demikian pandangan beberapa belia Teluk Intan yang ditemui di sini.

Pekerja kilang Lily Maslina Mohd Razali, 22, berkata seseorang wakil rakyat di sesebuah kawasan harus bijak melakarkan satu bentuk pembangunan untuk golo-ngan belia, dan bukan hanya menabur janji kosong.

“Tidak ada masalah meletakkan calon muda kerana memang mereka diperlukan untuk memberi nafas baharu kepada politik negara. Tetapi mereka harus ada idea tersendiri untuk menawan pengundi muda.

“Bukan mengikut cara lama seperti membuat tohmahan dan membangkitkan kemarahan antara kaum ketika berceramah,” katanya.

Barisan Nasional (BN) menurunkan Datuk Mah Siew Keong, 53, sementara DAP diwakili Dyana Sofya Mohd Daud, 27.

Pekerja persendirian Mohd Shrin Naim, 23, dari Kampung Chenderong Balai, berkata belia di Teluk Intan bukan memerlukan wakil rakyat muda tetapi wakil rakyat yang dapat membawa program pembangunan untuk belia.

“Calon tidak kira muda atau veteran, yang penting apa yang mereka boleh bawa untuk pembangunan belia. Ada juga wakil veteran, tetapi mereka lebih tahu apa orang muda mahu kerana lebih terbuka dengan kami,” katanya.

Katanya, di Teluk Intan tiada tempat untuk golongan belia meluangkan masa ke-rana kurang tempat beriadah seperti kompleks sukan dan tempat berhimpun dengan kegiatan yang menarik.

“Di sini orang muda hanya lepak dekat Menara Condong, kedai-kedai tepi jalan dan tepi sungai. Tempat agak terhad dan tidak ada yang sesuai untuk berkumpul untuk aktiviti sosial,” ujarnya.

Pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ang, 25, berkata calon muda baik untuk pembaharuan, tetapi agak kecewa kerana hingga kini tidak dapat mendengar apa-apa perancangannya untuk belia di Teluk Intan.

“Saya tidak kenal calon muda itu (Dyana Sofya) jadi saya suka ikut ceramah dia untuk mendengar apa perancangannya untuk kita. Tetapi agak mengecewakan kerana dia bukan sahaja tidak menyentuh apa-apa perkara pasal belia tetapi asyik mengulangi isu yang basi seperti kenaikan kos sara hidup dan rasuah.

“Ceramah sebegitu sama seperti sebelum ini yang memburuk-burukkan pihak lain dan tidak ada perancangan yang tersusun untuk golongan belia. Kita harap calon muda dapat tukar cara berpolitik yang lebih berdasarkan kepada pembangunan,” katanya. — Bernama

Advertisement