Anda di sini

Pemandu MPV maut kenderaan rempuh bas ekspres

Advertisement

MALANG: Keadaan sebuah bas ekspres Star Mart Express yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Xtrail yang datang dari arah bertentangan di KM371.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) di Ipoh, semalam. — Gambar Bernama

IPOH: Seorang pemandu maut apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan selepas terbabas di Kilometer 371.1 Lebuhraya Utara-Selatan di sini semalam.

Jailani Din, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta anggota badan.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Othman Nayan berkata dalan insiden jam 10 pagi itu, Nissan X-Trail yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari utara ke selatan tanah air, terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Akibat daripada itu, MPV tersebut telah melambung dan berpusing ke laluan bertentangan lalu merempuh bas ekspres Star Mart. Kesan daripada pelanggaran mengakibatkan pemandu MPV tersepit,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama

Advertisement