Anda di sini

Najib, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Tunku Annuar

Advertisement

SELAMAT DATANG: Najib bersalaman dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nikkei Inc, Tsuneo Kita (dua kanan) yang menyambut ketibaan beliau di hotel penginapan sempena lawatan kerja dua hari di Tokyo, semalam. Beliau menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-20 dan menyampaikan ucap tama pada persidangan antarabangsa berprestij itu hari ini. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah atas kemangkatan baginda tengah malam kelmarin.

“Takziah kepada keluarga Tengku Bendahara Kedah, Tunku Annuar. Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan Twitter beliau semalam.

Di KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemangkatan Almarhum merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat dan negara.

“Almarhum adalah seorang yang penyayang, berhemah tinggi dan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat, khususnya rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Almarhum mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak jam12.20 tengah malam kelmarin.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan tempoh perkabungan negeri itu selama tujuh hari bermula semalam sehingga 27 Mei depan dan sepanjang tempoh itu, semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan. — Bernama

Advertisement