Anda di sini

Calon PCM bidas Ramkarpal guna serangan peribadi

Advertisement

Huan akan ambil tindakan jika kenyataannya diputar belit

GEORGE TOWN: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menyelar tindakan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo yang didakwanya mengeluarkan perkataan bersifat sera-ngan peribadi terhadap-nya.

Beliau berkata sebagai anak kepada mendiang Karpal Singh yang juga peguam terkemuka, Ramkarpal sepatutnya berkempen secara sihat dan tidak menggunakan perkataan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu.

Huan, yang turut bertan-ding dalam pilihan raya kecil itu berkata calon DAP itu seharusnya mencontohi cara mendiang bapanya berpolitik yang lebih memberi tumpuan kepada isu dan polisi.

“Kalau nak kempen, kempenlah secara sihat. Janganlah buat serangan peribadi. Janganlah buli saya sampai macam ni. Sekarang, mereka (DAP) gunakan seluruh jentera untuk ‘menyerang’ saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Huan berkata beliau tidak pernah menggelar Ramkarpal sebagai gay dan itu bukanlah caranya berkempen.

“Saya tidak pernah cakap Ramkarpal gay. Jika anda fikir saya kata yang anda gay, sila saman saya…kemuka-kan bukti dan saman saya, saya tidak ada masalah,” katanya.

Huan berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataannya.

Sementara itu, beliau turut membidas Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai yang mendakwa beliau tidak me-nyalurkan dana kepada sekolah di kawasannya ketika menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2004.

Beliau berkata dakwaan Wong yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng itu jelas tidak benar kerana sehingga kini beliau aktif memberi bantuan kepada sekolah-sekolah di negeri ini walaupun tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

“Saya amat kecewa dengan beliau…kenapa beliau berasa begitu tidak gembira apabila saya mahu mengumpulkan dana untuk sekolah Cina,” katanya.

Justeru, Huan menggesa Wong untuk memohon maaf dan memberi tempoh se-hingga Sabtu ini, dan jika Wong gagal berbuat demikian beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Baru-baru ini, Huan berjanji akan mengumpul dana RM5 juta untuk projek pembesaran SJKC Chiao Nan sekiranya menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pilihan raya kecil itu me-nyaksikan pertandingan empat penjuru antara Huan dan Ramkarpal serta dua calon Bebas iaitu Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar. — Bernama

Advertisement