Anda di sini

PRK medan DAP buktikan rakyat tolak hudud: Ahmad Shabery

Advertisement

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan, bakal menjadi medan pungutan suara parti DAP untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap cadangan pelaksanaan hudud oleh sekutunya PAS.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jika DAP menang ia jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud.

“Itu merupakan satu per-tentangan ideologi terpaksa PAS pikul serta membayang-kan sikap tidak berprinsip PAS untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung situasi terkini PRK di Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Keadaan itu juga, katanya, jelas menunjukkan perjuangan PAS dalam hukum hudud tidak ada kena mengena dengan Islam dan lebih menjurus kepada perjuangan politik.

Ahmad Shabery berkata, penduduk kawasan berkenaan perlu berfikir tentang kepen-tingan mereka terlebih dahulu sebelum memilih pemimpin.

“Ini bukan Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi PRK untuk memilih wakil mereka, sudah tentu perkara yang paling diutamakan adalah siapa yang boleh bekerja,” katanya.

Jelasnya pengundi perlu bersikap praktikal dan melihat wakil pemimpin yang dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan. — Bernama

Advertisement