Anda di sini

Mohamed Nabi Bux terus beri penjelasan hukum hudud

Advertisement

GEORGE TOWN: Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar akan terus memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada orang bukan Islam sepanjang siri kempennya sehingga hari pengundian 25 Mei ini.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata berdasarkan maklum balas dite-rimanya sepanjang lapan hari berkempen sejak penamaan calon 12 Mei lepas, ramai orang bukan Islam sudah mula dapat menerima penjelasan tentang hukum hudud.

“Ramai orang bukan Islam terutama Cina dapat menerima penjelasan tentang hukum hudud dan saya percaya jika penjelasan seperti itu diteruskan serta diperluaskan, lebih ramai yang memperoleh manfaat dan memahami tentang hudud.

“Jadi saya minta kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan kepada rakyat mengenai hukum itu agar semua orang ter-utama yang bukan Islam tahu. Hukum hudud itu hanya untuk orang Islam tetapi penerangan mengenainya perlu diberikan kepada semua orang,” katanya kepada pemberi-ta selepas mengadakan pertemuan dengan ke-tua-ketua masyarakat di Kampung Melayu di sini semalam.

Beliau percaya mampu memenangi pilihan raya kecil itu dan mendapat sekurang-kurangnya 20 peratus undi kaum Cina berdasarkan maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya.

“Insya-Allah saya boleh menang, jika semua pengundi Melayu memberi undi kepada saya demi Islam dan sokongan 20 peratus pengundi Cina. Ia sudah mencukupi untuk saya menang di Bukit Gelu-gor,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux meminta Anggota Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzwan yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak tampil memberi pengesahan sama ada beliau anggota PAS kawasan itu atau tidak.

“Saya minta kepada ustaz Hasbullah untuk buat pengesahan bahawa siapakah saya dalam PAS kawasan Gombak dan jangan berdolak-dalik mengenainya kerana saya dan dia memang kenal rapat sejak saya menjadi setiausaha PAS cawa-ngan Kampung Banjar di Gombak pada tahun 1998 hingga 2003.

“Sekarang ini pun kami masih berhubung antara satu sama lain, jadi saya percaya beliau adalah orang penting untuk menjawab sama ada saya adalah ahli PAS atau sebaliknya,” katanya. — Bernama

 

Advertisement