Anda di sini

Jawatan senator bukan pilihan Mah untuk membangunkan Teluk Intan

Advertisement

TELUK INTAN: Bagi Datuk Mah Siew Keong, keputusannya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan adalah atas rasa tanggungjawab dan amanah untuk membangunkan kawasan itu demi manfaat penduduknya.

Anak tempatan Teluk Intan dan calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, jawatan senator bukanlah pilihannya untuk membangunkan kawasan parlimen itu.

“Saya berada dan bertan-ding di Teluk Intan kerana saya mahu menjaga kebajikan dan pembangunan Teluk Intan. (Sebagai) Senator tidak boleh sangat hendak jaga kawasan. Saya mahu menjadi wakil rakyat kerana saya yakin dapat menolong, ter-utama dari segi pembangunan insfrastruktur, pelaburan dan pekerjaan kepada golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kempen DAP yang mendakwa jika calon DAP menang, penduduk di kawasan Parlimen Teluk Intan tidak akan rugi kerana calon BN boleh dilantik menjadi Senator dan mempunyai suara di Parlimen.

Mah berkata demikian ketika pemberita selepas bertemu pengundi di Pasar Besar Teluk Intan di sini semalam.

Malah ada beberapa projek yang dirancangnya semasa menjadi wakil rakyat Teluk Intan antara 1999 hingga 2008 yang tidak sempat dilaksanakannya, seperti mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta projek pembangunan untuk penduduk di situ, katanya.

Presiden Gerakan itu berkata jika DAP berminat sa-ngat untuk meletak calonnya Dyana Sofya Mohd Daud untuk mewakili parti itu di Parlimen, mereka juga boleh melantik setiausaha politik anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sebagai senator di bawah kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Jika hendak, parti lawan juga boleh jadi senator. Pulau Pinang ada kuota senator. Bagilah (calon DAP, Dyana Sofya) jadi senator, dia masih muda, ada banyak peluang,” katanya.

Mah yang menyifatkan diri-nya sebagai “underdog” dalam PRK kali ini, memandangkan beliau kalah dalam dua kali Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, berkata pihaknya berdepan dengan cabaran yang sukar pada PRK ini.

“Kita perlu menang dengan bekerja kuat dan bukan dengan politik murahan dan serangan peribadi. Kita bertarung atas dasar dan apa yang kita buat untuk rakyat,” katanya.

Menyentuh mengenai respons pengundi setakat ini, Mah berkata kempen yang masuk hari kedua ini dilihat lebih menggalakkan berban-ding dua PRU yang lepas.

“Kita gerakkan lebih ba-nyak ceramah terutama mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kerana banyak maklumat telah diputar belit, selain usaha untuk menangani rasuah,” kata-nya. — Bernama

Advertisement