Anda di sini

JASA Sibu/Mukah anjur program MEMBARA di dua rumah panjang

Advertisement

Oleh Watt Zacchaeus

ABADIKAN KENANGAN: Paing (mencangkung, kanan) menyempurnakan Program MEMBARA di Rumah Dayong.

JABATAN Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sibu/Mukah dengan Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bahagian P.211 Lanang telah menganjurkan dua Program Membantu Rakyat (MEMBARA) di konstiuensi Lanang, baru-baru ini.

Venue pertama program MEMBARA ialah di Rumah Jok Ingon, Sungai Salim-Belalang dan ia dirasmikan oleh tetamu kehormat Penghulu Enyang Menchol.

Antara pengisian program ialah gotong-royong di sekitar kawasan Rumah Jok, simbolik perasmian program dengan menanam pokok dan bunga bagi landskap rumah panjang serta menyerahkan sumbangan daripada JASA berupa periuk nasi gas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jok.

Di venue satu lagi, program yang sama mengambil tempat di Rumah Dayong Sahak, Assan Nunggang.

Pengisian program di situ ialah gotong-royong di sekitar kawasan rumah panjang, simbolik perasmian program dengan menanam pokok dan bunga bagi landskap rumah panjang dan menyerahkan sumbangan daripada JASA berupa bekas air Stainless Steel kepada JKKK Rumah Dayong.

Program itu dirasmikan oleh Penghulu Paing Tawi.

Hadir sama ialah Penyelaras JASA bagi Parlimen P.211 Lanang Wilma Stanley Gramong, Kaunselor Christopher Ugot, Kaunselor Ladong Engkol, Kaunselor Jimbau Galau serta Timbalan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Jaya Danggang Ugik.

Objektif program tersebut ialah selain daripada memupuk semangat kerjasama penduduk setempat dan JKKK rumah panjang, ia juga merupakan saluran kepada Jawatankuasa Penyelaras BN untuk mendekati semua lapisan masyarakat di Parlimen Lanang.

Aktiviti gotong-royong juga salah satu aktiviti yang menggalakkan masyarakat tempatan agar sentiasa peka dan mengekalkan kebersihan di kawasan tempat tinggal.

Sehubungan itu, program ini dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Advertisement