Anda di sini

Dyana Sofya enggan ulas lanjut kenyataannya berhubung hudud

Advertisement

TELUK INTAN: Selepas menyatakan pendiriannya tentang  isu hukum hudud baru-baru ini, calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud semalam cuba meng-elak daripada mengulas lanjut isu itu.

Sebanyak lima kali soalan berhubung hudud dikemukakan oleh pemberita kepadanya dalam sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

Dan setiap kali soalan itu diajukan, Dyana Sofya memberi jawapan hampir sama iaitu: “Saya tidak ada apa-apa lagi untuk ditambah.”

Sebuah portal berita melaporkan Dyana Sofya berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan  hukum hudud dilaksanakan.

Peguam muda itu dilaporkan berkata beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Parlimen Teluk Intan.

Portal berita itu melaporkan Dyana Sofya bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosioekonomi tidak diatasi.

Portal berita New Straits Times semalam melaporkan pemangku timbalan ketua Majlis Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata “adalah tidak wajar bagi seorang Islam untuk menolak hudud kerana ia akan menyebabkan pegangan agamanya dipersoalkan.”

Walaupun dapat difahami bahawa calon DAP Dyana Sofya adalah betul dari segi politik untuk “mententeram-kan” pucuk pimpinannya, beliau sepatutnya mendalami isu hudud.

Soalan dikemukakan ke-pada setiausaha politik penasihat DAP Lim Kit Siang itu turut dijawab oleh majikannya yang turut hadir pada sidang media itu.

“Saya fikir kami patut belajar lebih banyak lagi tentang semua perkara,” kata Lim yang juga anggota Parlimen Gelang Patah. — Bernama

Advertisement