Anda di sini

Pesta Benak 2014 capai sasaran jumlah pengunjung

Advertisement

Oleh Kelvin Lambai //

BERJAYA DITAWAN: Peluncur Sri Aman berjaya meluncur bersama benak pada ketinggian 6.2 meter.

PESTA Benak Sri Aman 2014 yang masuk edisi ke-12 pada tahun ini telah melabuh tirai dengan mencatatkan jumlah pengunjung mencecah 100,000 orang.

Jumlah tersebut telah mencapai sasaran jawatankuasa penganjur pesta iaitu Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan kerjasama agensi kerajaan negeri, persekutuan, Kementerian Pelancongan Sarawak dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pada hari terakhir kelmarin, pesta ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Puan Sri Ragad Kurdi Taib yang menyaksikan Regata Batang Lupar di Tebingan Sungai Batang Lupar.

TERTARIK: Tetamu VIP, termasuk TYT asyik menyaksikan Regata Batang Lupar petang kelmarin.

Turut hadir mengiringi beliau dan isteri ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Lingga Simoi Peri, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, Residen Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Benak Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman serta tetamu lain.

Majlis perasmian pesta ini sebelum ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang.

HEBAT: Sebahagian daripada perahu yang menyertai acara Regata Batang Lupar.

Advertisement