Anda di sini

Pengalaman Mah beri cabaran yang sukar: Dyana

Advertisement

TELUK INTAN: Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud mengakui pengalaman dan keperibadian calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong  memberi cabaran hebat kepadanya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan.

PRK itu menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Dyana Sofya, 27, peguam lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Presiden GERAKAN, Mah, 53.

“Saya sebagai anak muda yang bertanding melawan seorang yang berpengalaman dan sangat dihormati di Teluk Intan, merupakan cabaran yang harus saya sambut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini semalam.

Beliau yang kini menjadi setiausaha politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, diiringi ibu bapanya Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat di pusat penamaan calon itu.

Turut serta Lim yang juga penasihat DAP, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu ibu Dyana Sofya, Yammy, 59, yang merupakan anggota UMNO Bahagian Ipoh Barat berkata, beliau akan menemani anak perempuan tunggalnya itu sepanjang tempoh kempen PRK ini sehingga hari peng-undian pada 31 Mei ini.

“Saya akan ikut dia dan sentiasa jaga atas dasar ibu menjaga anaknya, tapi mungkin tidak semua lokasi kempen. Semua anggota keluaga memberi soko-ngan termasuk kedua-dua abangnya,” katanya.

Sebagai seorang ibu, beliau sentiasa berpesan kepada Dyana Sofya supaya tabah menghadapi cabaran pilihan raya ini, serta mengutamakan solat lima waktu, katanya.

Yammy berkata walaupun anaknya menjadi calon DAP, hubungannya dengan rakan-rakan UMNO tetap seperti biasa. — Bernama

Advertisement