KUCHING: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bernyawa di sebuah premis di Green Road, di sini, dipercayai diserang.
Lelaki tanpa identiti itu ditemui pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia susulan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa terdapat pergaduhan di kafe siber berhampiran, sekitar jam 9 malam Ahad lalu.
Mangsa yang ditemui di sebuah bilik itu dikatakan patah kedua-dua tangan, kaki kiri, selain cedera parah di kepala.
Setakat berita ini ditulis, mangsa masih belum sedarkan diri dan masih dirawat di Zon Merah Hospital Umum Sarawak.
Difahamkan, belum ada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.