Anda di sini

Keinginan dorong Siti cipta resipi cucur paku

Advertisement

Oleh Henrietta Liza //

UNIK: Siti menunjukkan cucur paku hasil resipi ciptaannya sendiri.

KEINGINAN untuk memakan cucur mendorong Siti Nor Aisyah Abdullah dari Kampung Tebakang, Serian mencipta resipi cucur paku yang diperbuat daripada bahan asli  dan mudah didapati dari kawasan  sekitar.

“Mula-mula buat untuk makan sendiri, tiba-tiba sahaja rasa mahu makan cucur paku.

“Cuba-cuba buat, lepas itu menjadi dan sekarang kakak buat cucur ini sebagai pendapatan sampingan kalau ada masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad atau sekiranya mendapat tempahan kakak akan berniaga,” ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Siti, 41, berbangsa Cina yang memeluk Islam selepas berkahwin dan mempunyai  tiga cahaya mata yang kesemuanya perempuan berkata, anak-anaknya ringan tulang dan membantunya berniaga pada masa lapang dan cuti sekolah.

PASTI ENAK: Cucur ikan Lumek.

Pada hari biasa, Siti akan menjual sayur-sayuran  di pasar Serian dan kadang kala  menggoreng cucur udang dan cucur ikan lumek untuk  dijual di kedai-kedai kopi di pasar Serian.

“Pendapatan menjual  cucur ini tidak seberapa, tetapi kadang kala ada majlis  yang akan diadakan di pasar lama Tebakang, justeru ada pelanggan sebab itu kakak tetap  cuba menjual cucur di sini,”  tambahnya.

Kata beliau lagi, tempahan selalunya ada terutama pada musim perayaan seperti Hari Gawai Dayak dan Tahun Baharu Cina.

Buat masa ini, Siti belum terfikir  untuk menjual cucurnya dalam  kuantiti yang besar.

“Memadailah untuk menambah pendapatan sahaja,” ujarnya.

Advertisement