Anda di sini

24 pengadil bola sepak hadiri kursus peringkat kebangsaan

KUCHING: Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengadakan kursus pengadil dan ujian bertulis kebangsaan Kelas 3 di Bangunan Yayasan Sarawak di sini.

Kursus tiga hari berlangsung pada 15 hinga 17 Mei lalu disertai seramai 24 orang peserta kalangan pengadil tempatan dari seluruh negeri ini.

Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahalan berkata kursus itu bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan pada peringkat kebangsaan.

“Kita sememangnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para pengadil tempatan untuk bersedia menghadapi kejohanan- kejohanan bola sepak peringkat kebangsaan.

“Malah, sekarang banyak kejohanan peringkat kebangsaan dan negeri diadakan secara liga oleh persatuan bola sepak negeri dan bahagian negeri ini,” katanya.