Anda di sini

Lu Khim Kok bergelar ‘badang Sibu’

Oleh Watt Zacchaeus //

BADANG SIBU: Lu (empat kanan) menerima hadiah daripada Tan selepas bergelar Juara antara Juara pada Kejohanan Bina Badan Mr Sibu, malam kelmarin.

Ungguli kategori 70kg ke atas, Juara antara Juara pada kejohanan Mr Sibu

SIBU: Lu Khim Kok bergelar ‘badang Sibu’ apabila menjuarai kategori 70kg ke atas dan Juara antara Juara pada Kejohanan Bina Badan Mr Sibu di Pasar raya Sing Kwong (SKS), Jalan Salim di sini, malam kelmarin.

Kejohanan anjuran Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu dan Pasar raya SKS itu adalah untuk mencari badang Sibu ke kejohanan Mr Sarawak di Miri bulan depan.

Tempat kedua kategori 70kg ke atas dimenangi Yong Chin Ho dan disusuli Musa Hanadi di tempat ketiga.

Aifie Khan Abdul Aziz Khan dari Sarikei muncul juara kategori Novis, diikuti Lon Cheng Jun di tempat kedua dan Roger Ting dari Mukah menduduki tempat ketiga.

Kategori 65kg ke bawah pula menyaksikan juara tahun lalu, Tiong Cheong Soon muncul juara diekori Peter Kasin Balik dari Kanowit di tempat kedua dan Mohd Sairi Mohd Yatim di tempat ketiga.

Akmal Linggie yang membuat penampilan semula selepas menghilangkan diri beberapa tahun lalu menguasai kategori 70kg ke bawah apabila muncul juara disusuli Mohd Khairul Semion (naib juara) dan Aifie Khan Abdul Aziz Khan di tempat ketiga.

Pengerusi Pasaraya SKS Tan Tai Teck, Pengurus SKS John Yip dan Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Sibu, Chia Chung Siong menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Juara, naib juara dan pemenang ketiga bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai, piala dan hamper manakala pemenang keempat hingga kelima menerima wang tunai.