Anda di sini

Larian amal SK St Mary capai matlamat

Advertisement

HAMPIR 80 murid yang diiringi ibu bapa dan guru guru mereka mengambil bahagian dalam acara Larian Amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St Mary Kuching baru-baru ini.

Acara tahunan tersebut merupakan salah satu aktiviti riadah yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada ahli PIBG dan murid-murid.

Majlis perasmian disempurnakan pengerusi PIBG Davis Nasim yang diiringi pengetua sekolah Liaw Hui Lin.

Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 di mana hadiah-hadiah menarik diberikan kepada mereka yang menduduki tempat pertama hingga ke-10.

CERIA: Kesemua pemenang kategori Tahap 1 dan 2 menunjukkan hadiah yang dimenangi masing-masing selepas majlis penyampaian hadiah.

Kategori Tahap 1 dijuarai Fatini Puteri Fakhira dari kelas St Elizabeth 3 manakala Myra Ellya Zulaikha dari kelas St Veronica 1 mendapat tempat kedua dan rakan sekelasnya, Nurlieyana Mohammad Hafiz mendapat tempat ketiga.

Kategori Tahap 2 diungguli Siti Rohayah Adilah dari kelas St Elizabeth 5 manakala Tashneen Zainal Abidin dari kelas St Catherine 6 mendapat tempat kedua dan Aleeya Nur Jasmine dari kelas St Elizabeth 6 mendapat tempat ketiga.

Hadiah untuk murid yang berjaya membuat kutipan terbanyak dimenangi Elena Chai Ee Ling yang berjaya membuat kutipan sejumlah RM750.

Beliau membawa pulang sebuah basikal BMX baharu.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih khususnya buat ibu bapa serta penjaga, anak-anak murid, guru-guru dan masyarakat setempat yang hadir memeriahkan majlis.

Advertisement