Anda di sini

i-CATS sertai Jualan Hari Terbuka PERKATA

Advertisement

ALBUM: Para pelajar kejururawatan i-CATS bersama pensyarah di gerai PPKS/ i-CATS semasa Jualan Hari Terbuka PERKATA.

SEKUMPULAN pelajar semester kedua kejururawatan dari Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) telah mengambil bahagian dalam Jualan Hari Terbuka bagi Kebajikan Intelek Kurang Upaya Kanak-kanak (PERKATA Sarawak) pada 4 Mei lepas.

Majlis diadakan di premis PERKATA di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.

Para pelajar i-CATS menubuhkan sebuah gerai untuk menjual kacang ma (makanan istimewa tempatan), telur ladang yang segar, kedondong, air mineral botol dan pelbagai tumbuhan seperti asparagus, selasih, Dill dan anggur merah.

Di bawah bimbingan Pengajar Klinikal i-CATS, Rose Cheah dan Winnie Tang, penyertaan dalam Jualan Hari Terbuka itu merupakan ikrar daripada komitmen berterusan i-CATS untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Bagi pelajar, menguruskan gerai semasa Jualan Hari Terbuka membolehkan mereka mendapat pengetahuan tentang pelbagai kemahiran yang diperlukan seperti perancangan, mengatur dan kemahiran kakitangan.

Malah, bakat dan kemahiran keusahawanan dapat diasah di kalangan pelajar dalam mempromosikan pelbagai produk sepanjang acara tersebut.

Hasil daripada jualan disumbangkan kepada PERKATA.

Kemasukan untuk pelbagai program di i-CATS kini berterusan sehingga bulan Mei dan Julai 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-366024/366025 atau melawat PPKS/ i-CATS kampus utama di Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya di Kuching.

Maklumat juga boleh diperolehi dari laman sesawang i-CATS: www.icats.edu.my.

Advertisement