Anda di sini

Abang Wahap Presiden Persatuan Menembak Sarawak

Advertisement

KUCHING: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dipilih sebagai Presiden Persatuan Menembak Sarawak (SAS) bagi sesi 2014 hingga 2016.

Pemilihan beliau dilakukan pada Mesyuarat Agung SAS di sini, semalam.

Jawatan timbalan presiden disandang Datuk Lee Choon Chin, naib presiden I, Dr Abdul Rahman Junaidi dan naib presiden II, Dr Mahadir Alhady Tan Sri Dr Sulaiman.

Sunny Si pula dilantik sebagai setiausaha, manakala penolong setiausaha disandang Keith Kong dan Gerald Rentap Jabu dan Neil M Parker masing-masing menyandang jawatan bendahari dan penolong bendahari.

Ahli jawatankuasa pula diisi Vincent Tan, Francis Nyurang Ding, DSP Morshidi Abdullah, Ian Lee dan Kenny Sim.

Wahap ke t ika be rucap mencadangkan agar Sarawak memiliki kompleks menembaknya sendiri.

“Sekarang agak sukar untuk penembak negeri terutama terlibat dengan temasya per ingkat kebangsaan untuk berlatih,” katanya.

Menurutnya , denga n adanya kompleks tersebut lebih ramai bakat baharu mampu dilahirkan.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa kepimpinan persatuan agar menggiatkan usaha menambah bilangan ahli.

Advertisement