Anda di sini

Tekanan kemarau kejuaraan tidak akan jejaskan fokus ‘The Gunners’

Advertisement

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menyuarakan rasa yakin bahawa tekanan kemarau sembilan tahun kejuaraan tidak akan menjejaskan fokus pemainnya pada perlawanan akhir Piala FA Inggeris menentang Hull City Sabtu ini.

“Anda tidak bermain dengan sejarah,” kata beliau.

“Anda bermain dengan kualiti dan keazaman untuk bermain baik.

Ia satu peluang dan kami harus melupakan sejarah dan hadir bermain dengan baik.

” Kali terakhir Arsenal memenangi satu trofi ialah pada 2005, apabila menewaskan Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti pada final Piala FA.

Mereka kemudian tewas dua final Piala Liga (2007 dan 2011) dan tewas kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara 2006.

“Tidak kira apa jua keputusannya, kelab ini – dan ia sentiasa apa yang paling penting – boleh menangani kesan mana-mana perlawanan,” tambah Wenger.

“Apa yang penting ialah kami bangkit dari perlawanan dan mempunyai perasaan di mana kami memberikan yang terbaik, dan selepas itu, anda akan sentiasa menerima kesannya.

“Tidak kira berapa banyak kami bercakap mengenainya, anda boleh menang dan kalah tetapi anda mahu melupakan perlawanan dengan perasaan di mana anda sudah melakukan yang terbaik untuk menang dan itulah apa yang kami mahu capai.

” Sementara itu, Wenger berkata beliau berasa gembira untuk menurunkan Bacary Sagna dan Lukasz Fabianski di final walaupun ketidaktentuan mengenai masa depan mereka.

Kontrak Sagna dan Fabianski akan berakhir tidak lama lagi dan kedua-dua pemain sudah menolak tawaran kontrak baharu dari kelab tetapi Wenger tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurunkan mereka.

Mengenai situasi Sagna, Wenger memberitahu satu sidang media: “Saya memberitahu anda banyak kali di mana ia adalah sama seperti minggu lepas.

Keputusan di pihaknya dan saya tidak dapat mengubahnya.

” Ditanya jika beliau bimbang menurunkan Sagna, Wenger berkata: “Tidak sama sekali.

Saya memberitahu anda banyak kali: bagi saya, seorang yang profesional akan sentiasa memberikan yang terbaik sehingga hari terakhir kontrak mereka.

“Ia adalah makna profesional sebenar.

Saya tidak mempunyai keraguan tentang integriti, kesungguhan dan komitmen beliau untuk menang.

” Fabianski hanya bermain pertandingan piala domestik untuk Arsenal musim ini, dengan Wojciech Szczesny menjadi penjaga gol utama dalam liga dan Liga Juara- Juara.

Walaupun laporan di mana beliau juga mungkin akan meninggalkan kelab pada penutup musim, Wenger sekali lagi menolak cadangan di mana fokus pemain itu akan terjejas.

“Jawapannya sama,” kata Wenger.

“Secara jujurnya, saya sentiasa bertindak seperti itu kerana ia jika tidak, ia bermakna pemain tidak profesional.

“Saya sudah melakukannya dengan Samir Nasri, Robin van Persie dan semua orang yang saya tahu yang meninggalkan kelab atau mempunyai peluang untuk meninggalkan kelab.

Jika mereka selayaknya bermain, mereka akan diturunkan.

” Wenger juga mengulangi pandangannya di mana Jack Wilshere akan kembali cergas untuk menyertai Piala Dunia 2014 bersama England, selepas dinamakan ke dalam skuad 23 pemain oleh jurulatih England, Roy Hodgson, Isnin lepas.

Pemain berusia 22 tahun itu baharu kembali beraksi selepas kecederaan retak tulang kaki ketika Arsenal menamatkan musim ini dengan kemenangan 2-0 di Norwich City, selepas tidak bermain sejak awal bulan Mac.

Ketika Wilshere mungkin diturunkan menentang Hull, Arsenal masih ragu dengan tahap kecergasan pemain tengah, Alex Oxlade-Chamberlain dan juga Thomas Vermaelen.  — AFP

Advertisement