Anda di sini

Sukan Mini SJA eratkan silaturahim

Advertisement

KUAT LAGI: Para peserta acara tarik tali berhempas pulas menarik tali.

ERAT SILATURAHIM: Para peserta seronok membaling belon berisi air.

JOHAN: Jane Moh (lima kanan) menyampaikan hadiah johan kepada Kumpulan A yang diketuai oleh Sim.

 

 

PERSATUAN Wartawan Sibu (SJA) telah mengadakan Sukan Mini SJA yang diadakan di padang SMK Methodist di Sibu, baru-baru ini.

Kira-kira 30 ahli SJA berserta ahli keluarga mereka telah menyertai sukan mini tersebut.

Turut menyertainya ialah barisan kenamaan yang dijemput khas terdiri daripada Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Oliver Kuo, tokoh korporat Datuk Thomas Tiang serta para kaunselor dan ketua masyarakat.

Hadir sama ialah Pengerusi SJA Yii Suok Min dan pengerusi jawatankuasa penganjur merangkap Penolong Setiausaha SJA Jane Moh.

Antara jenis acara yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan futsal dan bola keranjang.

Para wartawan serta keluarga mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.

Objektif penganjuran sukan mini yang merupakan aktiviti tahunan SJA itu ialah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli SJA dengan para kenamaan.

Advertisement