Anda di sini

Pendaftaran sertai Futsal World Cup Fever masih lagi dibuka

Advertisement

KUCHING: Pendaftaran masih lagi dibuka untuk menyertai Kejohanan Futsal World Cup Fever 2014 peringkat bahagian Sarikei yang akan diadakan pada 24-25 Mei 2014.

Ia dianjurkan oleh 3Wins Events And Media Sdn Bhd dengan pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM2,000 (Kategori Lelaki Terbuka) dan RM1,000 (Kategori Wanita Terbuka).

Borang penyertaan boleh diperolehi daripada The Sports Shop, Sarikei dan semua cawangan kedai peralatan sukan Coneli di sekitar Kuching.

Yuran penyertaan berjumlah RM350 untuk Kategori Lelaki Terbuka dan RM250 untuk Kategori Wanita Terbuka dengan tarikh tutup penyertaan pada 19 Mei.

Bagi pusingan di bahagian Kuching yang akan berlangsung pada 14 Jun depan, tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Jun.

Jumlah pasukan dihadkan kepada 32 pasukan sahaja untuk Kategori Lelaki Terbuka dan lapan pasukan untuk Kategori Wanita Terbuka.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi The Sports Shop, Sarikei (084- 659695) atau Azyzy Ahmad (013-8025123) atau emel ke azyzyahmad@rocketmail. com.

 

Advertisement