Anda di sini

Nasri timbang semula masa depannya bersama Perancis

Advertisement

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Pemain tengah Manchester City, Samir Nasri berkata Rabu lepas di mana beliau sedang menimbangkan masa depan beliau dalam bola sepak antarabangsa selepas diketepikan untuk skuad Piala Dunia Perancis sebanyak dua kali berturut-turut.

Pemain berusia 26 tahun itu – yang beraksi cemerlang musim ini ketika City muncul juara Liga Perdana Inggeris – berkata beliau menghormati keputusan jurulatih kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, kononnya beliau dianggap bukan pemain berpasukan, tetapi ia telah menyebabkannya berfikir semula tentang masa depannya.

“Ia agak sukar untuk diterima,” kata Nasri ketika memberitahu Sky Sports News dari Abu Dhabi, di mana pasukan City sedang bercuti di negara pemilik kelab.

“Saya memerlukan sedikit masa untuk memikirkan tentang pasukan kebangsaan kerana ia sudah dua kali di mana saya tidak dipanggil ke dalam skuad ke Piala Dunia,” kata beliau, ketika merujuk kali pertama di mana beliau tidak dipilih oleh bekas jurulatih, Raymond Domenech ke Piala Dunia 2010.

“Saya perlu berfikir semasa percutian ini, apa masa depan saya dalam pasukan kebangsaan, kerana sudah dua kali saya terlepas di Piala Dunia.

” Nasri, di mana penampilan terakhir beliau untuk Perancis ialah pada perlawanan pertama playoff Piala Dunia 2014 menentang Ukraine, di mana mereka tewas 0-2 pada bulan November, berkata keputusan Deschamps bukanlah mengejutkan.

“Saya menghormati keputusan beliau, yang mana ia bukan sesuatu mengejutkan,” kata Nasri.

“Jika beliau fikir tingkah laku saya buruk, ia adalah urusannya.

Saya, bermain untuk pasukan saya (Manchester City) dan saya tidak mempunyai sebarang masalah,” kata Nasri, yang sudah bermain 41 kali untuk Perancis.

Nasri, yang memulakan kerjayanya di Marseille dan menghabiskan tiga tahun di Arsenal sebelum menyertai City, digantung tiga perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis kerana tingkah laku buruk semasa Euro 2012.

Beliau kemudian kembali ke skuad kebangsaan pada Ogos 2013 tetapi prestasi beliau gagal menarik perhatian Deschamps.

Pengurus City, Manuel Pellegrini, menggambarkan ketiadaan Nasri dalam skuad Perancis sebagai satu berita yang buruk untuk pemain tengah itu.

“Beliau selayaknya bermain dengan Perancis tetapi setiap jurulatih mempunyai pilihan mereka sendiri.

” Perancis memulakan kempen Piala Dunia menentang Honduras pada 15 Jun di Porto Alegre.

Mereka juga akan menentang Switzerland dan Ecuador pada perlawanan dalam Kumpulan E.  — AFP

Advertisement